Edisi: Ommi, ingat mati~


Bismillah. Allahummasolli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad.

Entri ringkas.

“Ommi, nak ingat mati..ingat mati..”

Lagu kegemaran Farisya BKCS kini. Sejak akhir-akhir ini asyik kedengaran menyanyi-nyanyi kecil. Malah di hujung minggu, pagi-pagi dah buat permintaan lagu.

Awal-awal dulu tak faham juga lagu apa..sekali bila Farisya tunjuk iklan, owhhhhh rupa-rupanya lagu “Tobat – Wali Band’ yang dimaksudkan. Walhal jarang sangat tengok ceritanya. Tapi mungkin selalu tengok iklan, boleh melekat pula lagu tema drama “Islam KTP” di TVHijrah.

Insaf umi.

“Ingat mati..ingat sakit..
Ingatlah saat kau sulit..
Ingat-ingat…hidup cuma satu kali..
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat..ingat cuba ingatlah akhirat..
Cepat ucap Astaghfirullahalazim…”

# Part ni je yang Farisya ingat ;p

Sekarang ni, bila balik taska je ada je lagu baru yang dinyanyi. Daripada asyik nyanyi lagu omputih je, umi ajarkan juga lagu nasyid yang lain…nanti umi ceritakan lagu apakah itu di lain entri…hehe 🙂

Terima kasih kerana sudi baca!


Komen & Pandangan
Tags: