Edisi: Wah, besarnya pokok!


Bismillah.

Cerita di petang hari. Cerita semasa umi mengambil Farisya BKCS pulang dari taska. Alhamdulillah, umi dapat sampai lebih awal dari biasa.

Tadi umi buat sketch cerita ini, Farisya kenal watak dia dan umi lalu ditanya..”ayah mana?”

Erk.

“Ayah tak ada, ayah belum balik lagi..”
“Ommi lukis kat sini…ayah..” Sambil tunjuk di bahagian tepi tu..maka terlakarlah juga watak ayah ditepi cerita tersebut 🙂

Kisah petang tadi:

Sambil berjalan-jalan menuju ke kereta..

Farisya: Ommi, wah..besarnya pokok! Tu..besarnya pokok.. (sambil menunjuk-nunjuk ke arah pokok)

Umi: Ya, besarnya pokok.

Farisya: Wah, cantiknya bunga! (Kini, Farisya tunjuk ke arah bunga pula)

Umi senyum…Farisya selalu gunakan perkataan cantik…tapi jarang sekali dengar perkataan besar, apatah lagi…”besarnya pokok”. Ya, Alhamdulillah kini Farisya sudah banyak bertambah peningkatan dalam menyebut sifat sesuatu benda.

Sesampai kami di rumah…Farisya masih mengulang “wah, besarnya pokok” sambil menunjuk ke arah pokok di luar pagar rumah pula.

Umi: Farisya, siapa jadikan pokok?
Farisya: hahh... (terus pandang umi..)
Umi: Siapa jadikan pokok? Jawabnya..Allah!

Umi ulang lagi..”Farisya, siapa jadikan pokok?”
Umi sendiri jawab..“Allah”
Farisya ikut.. “Allah!”

Baik. Umi ulang lagi.

Umi: Farisya, siapa jadikan pokok?
Farisya: Allah! 
Umi: Alhamdulillah….Farisya bijak! *Kini Farisya dah boleh sebut sendiri*

# Apabila Farisya belajar sesuatu yang baru, umi suka mengulang beberapa kali. Ulang dan ulang. Ingatkah kita dengan kisah bagaimana Malaikat Jibril mengajarkan Baginda Rasulullah wahyu pertama surah Iqra? Malaikat Jibril mengulang-ulang dan mendakap Baginda s.a.w beberapa kali. Allahummasolli ‘ala Muhammad, wa ‘ala aali Muhammad. Teknik ini juga yang umi selalu praktikkan.

# Farisya gemar menggunakan perkataan “wah”. Menunjukkan dia teruja dan suka sangat. “Wah, cantiknya lukisan Farisya..” “Wah, terbaik!” dan paling umi rasa terharu di waktu makan bila Farisya cakap “wah…sedapnyaaaa!!!” ;p

# Pagi tadi di IKIM.FM ustaz berbicara soal niat yang baik. Jadikan sesuatu amalan kita dengan lintasan hati kerana Allah. Begitu juga dalam mendidik anak dan mendidik diri kita..saling mendoakan yang baik, berkongsi yang baik-baik dan bersama berusaha menjadi yang lebih baik.

Terima kasih kerana sudi baca! 🙂


Komen & Pandangan
Tags: ,