Ommi, Ayah Kat Mana?


Bismillah.

Allahummasolli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad.
Kali ini kisah kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya yang penyayang 🙂
Farisya BKCS bersama ayah makan Takoyaki.
Cuba tengok fesyen pemakaian cekak rambut oleh Farisya tuuu..~
KISAH BALIK DARI TASKA
Tempat kerja umi agak jauh dan selalunya ayah yang akan ambil Farisya bkcs. Namun, sekiranya umi dapat sampai ke rumah lebih awal ataupun pagi-pagi umi dah janji dengan Farisya…umi pasti akan cuba jemput Farisya dari taska. Namun kekerapannya dalam seminggu, ayah yang menang. Bila umi jemput Farisya, seringkali diajukan soalan ini:
Farisya : Ommi, ayah..ayah. Ayah kat mana?
Umi     : Ayah kerja, belum balik lagi.
Farisya : Ooooo…
Bila dah masuk kereta, umi pula bertanya:
Umi     : Farisya, ayah kat mana?
Farisya: Ayah work, belum balik lagi…
Umi    : Bijak anak umi.
Begitu lah selalunya soalan timbal balik.
KISAH DI ALAMANDA
Semalam kami ke Alamanda beli barang. Dah lenguh kaki, ayah sarankan umi dan Farisya rehat, makan-makan di Kedai Roti Boy sementara menunggu ayah shopping. Beli dua roti boy dan satu air strawberi.
Farisya: Ommi, ayah mana?
Umi     : Ayah pergi beli barang jap. Kita tunggu kat sini eh.
Farisya : Oooo..
Umi dan Farisya berdua menikmati hidangan berdua sambil melihat gelagat orang lalu lalang. Habis satu roti..umi nak makan lagi satu, tiba-tiba:
Farisya : Ommi…jangan. Tu ayah punya.
Erk!
Farisya : Jangan..tu ayah punya.
Dua tiga kali di ulang..akhirnya umi akur. Huhu. Risau betul Farisya takut ayah tak dapat makan roti boy tu. Bertuah betul!

KISAH AISKRIM
Semalam masa kat Alamanda, Farisya duk ulang-ulang cakap nak aiskrim…nak aiskrim. Mula-mula umi macam tak nak layan sangat. Tapi entah kenapa Farisya nangis kuat-kuat nak aiskrim. Musim panas agaknya. Bila tengok ada budak-budak lain makan aiskrim, Farisya pun nak juga. Sementara umi beli buku di MPH, ayah bawa Farisya pergi beli. Bukan main gembira lagi dapat aiskrim. Makan comot-comot sambil senyum lebar.
Umi      : Wahhhh..sedapnya..umi nak sikit boleh.
Farisya : Umi tak boleh, umi coklat. 
(Ya..Farisya masih ingat haritu kami pernah makan aiskrim sesama, ayah belikan Farisya perisa vanila..dan umi perisa coklat..sampai sekarang umi nak perisa vanila pun tak kasi)
Umi      : Alaa..umi nak sikit je..
Farisya : Umi coklat..ni white.. 
Ayah    : Ayah nak boleh.
Farisya : Bolehhhhh…
Bila Farisya tengok ayah makan comot..terus gelak besar sambil cakap…”mulutttt ayah tuuu..”
Ayah    : Farisya, bagi umi sikit eh..
Farisya : Ok, sikit je…
Ewah-ewah. Bertuah bertuah!
CERITA MALAM INI
Hari ini ayah Farisya kelihatan letih, lesu, pucat dan badan panas. Umi nasihatkan ayah berehat dan tidur awal. Umi teman Farisya bermain itu dan ini. Seketika kemudian Farisya bertanya:
Farisya  : Ommi, ayah kat mana?
Umi       : Ayah demam..kat bilik.
Farisya : Bukan..ayah sihat. Farisya demam.
Umi       : Tak, Farisya sihat. Ayah demam..
Farisya : Bukannnnnn…ayah sihatttttttt!! 
*ujar Farisya sambil jerit kuat-kuat dan mula nak nangis.
Umi      : ok ok..dah dah. Farisya sihat. Ayah sihat.
Aduhai Farisya anak solehah..~
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Umi harap Farisya sayang ayah macam ni sampai bila-bila walau ayah dah tua nanti. Ya, umi pernah dengar ustaz/ustazah cakap..”keperibadian anak-anak di masa kecil lebih banyak dibentuk mengikut ibunya, namun setelah dewasa akan banyak mencontohi bapanya..malah di dalam Al-quran kisah-kisah hebat Nabi Yaakub sebagai bapa, kisah nasihat Luqmanul Hakim, Kisah Nabi Ibrahim dll banyak menukilkan tentang peranan penting seorang bapa. Walau sesibuk manapun kerjaya seorang bapa, peranan sebagai ayah terhadap keluarga tetap utama..”
p/s: Mohon doa semua agar ayah Farisya cepat sihat..
Hari ini umi hadiahkan ayah Farisya buku ini..beli kat MPH semalam.
Alhamdulillah, ayah Farisya suka 🙂
Semoga kita semua bersama membina keluarga dengan ketaatan kepada Allah dan mencontohi baginda Rasulullah s.a.w. Dan hari ini juga ayah buat umi sangat terharu dan terkejut..walaupun umi buat kelakar dengan cakap “ni hadiah sebab umi dapat pindah ke?” Tapi jauh di sudut hati umi bersyukur, terharu dan gembira sebab memikirkan keselamatan dan keselesaan ayah juga pergi dan pulang dari kerja…mengambil Farisya dari taska. Berhujan, gerimis apatah lagi di kala ini panas yang sangat bahang berjerebu. 
**Hari ini ramai yang membuat umi terharu. Serius terharu. Menangis dalam hati mahupun realiti. Alhamdulillah..segalanya kembali pada Allah. 
Lagi 2 hari berbaki di ofis ini. Entah bagaimana perasaannya bercampur aduk. 
Air mata pasti deras mengalir. 
Senyumlah. Senyumlah. Kenangan ini manis 🙂
Terima kasih kerana sudi membaca!

Komen & Pandangan
Tags: