Seni Conteng-conteng Anak


Bismillah.

Umi suka dengar saat Farisya sebut “Big circle…eye…eye..mouth…one..one…one…one…one…one..” bila nak lukis sang matahari. Comel je. Umi pun belajar dari Farisya ;p

Boleh tonton di sini .

Aktiviti conteng-conteng bagi kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi di usia dua tahun ke atas di mana anak-anak ini telah pandai memegang pensel, tertarik dengan warna-warna ceria, dah pandai melukis bulat..bulat..bulat dll. Nah! Saat ini, pantang melihat dinding yang putih berseri pasti daya kreativiti si anak mula memuncak 🙂
Baik.
Farisya juga sama. Masa awal-awal dulu, dinding rumah, dinding kereta, pintu peti ais, sofa, buku-buku, resit, baju, seluar turut ada hasil contengan. Tapi lagi mengharukan di saat Farisya menangis semahu-mahunya tatkala melihat tangan dan kaki sendiri yang kena pen. ‘Dirty!Dirty! “Ommi, wash” Aduh..aduh. Sabar je la.

Elakkan untuk marah anak terus. Sebaliknya beri alternatif kertas yang sesuai untuk anak menconteng. Awal-awal dulu umi sediakan kertas lukisan yang besar untuk Farisya conteng. Bila dah habis conteng, umi puji Farisya tentang lukisan tersebut. Kemudian, umi hargai usaha dia dengan menampal lukisan di dinding yang senang untuk dilihat. Di saat itu umi dapat lihat Farisya tersenyum bangga. Malah esoknya, pagi-pagi lagi setelah bangun tidur..bila lihat je lukisan di dinding terus cakap “Wah! cantiknya! Wah, cantiknya lukisan Farisya!” Alhamdulillah lepas tu Farisya dah tak conteng dinding dah.

Aktiviti conteng-conteng bukanlah hanya untuk anak. Ianya akan pasti menjadi sesuatu yang lebih menyeronokkan sekiranya dilakukan bersama-sama ibu dan bapa.

Ini antara seni conteng-conteng Farisya dan umi.

Taraaaaaa…..~

p/s: Semua muka tu Farisya yang lukis, umi tolong-tolong tambah je. Awat semua sedih je ni? Hehe..
Syabas!
Bahan-bahan yang digunakan:
1) Buku Khas
Umi suka sangat buku ni. Umi beli beberapa paket. Satu paket ada 5 buah buku. Harga rm1.99 sepaket. Umi beli kat Popular. Buku ni dalam kereta pun umi letak juga sebab ke mana-mana Farisya cari buku nak menconteng. Buku ni boleh dibuat aktiviti macam-macam 🙂
2) Washable Markers (Dan lain-lain alat menconteng)
Terbaik! Umi suka sangat washable markers ni sebab warna-warni dan ceria. Saiz besar senang Farisya nak pegang. Umi beli di kedai ‘Art Friend’.
Sekian sahaja perkongsian kali ini. *skema la pula* Selamat meransang daya kreativiti anak-anak kita dengan aktiviti conteng-conteng yang menyeronokkan!
Terima kasih sebab sudi baca!


Komen & Pandangan