Giant Pencil Box


Bismillah.

Hari ini umi berkongsi cara-cara membuat “Giant Pencil Box” daripada kotak. Kenapa saiz nya besar? Ya, supaya mudah anak-anak nak masukkan macam-macam ;p Hehe, almaklumlah bila namanya anak-anak…kadang-kadang peralatan menulisnya ada macam-macam. Pensel warna, krayon, marker, dan lain-lain….memang tak muat jika nak gunakan saiz pensel box yang biasa. 

Jangan risau, kita boleh membuat sendiri pencil box ini tanpa mengeluarkan modal yang besar!
Bahan-bahan:
  1. Kotak kasut 
  2. Wrapper
  3. Gunting
  4. Salotape
  5. Kertas warna
  6. Sticker

Cara membuat:

  • Pilih kotak kasut yang berkualiti (masih elok, kotak yang agak tebal)
  • Balutkan kotak kasut dengan wrapper yang di sukai (Lagi bagus sekiranya kita mengambil kira kesukaan anak-anak kita. Cth: Umi pilih wrapper hello kitty sebab Farisya & umi suka.

  • Tampalkan kertas warna pada permukaan utama pencil box. Tampalkan sticker yang menarik supaya lebih ceria.
  • Taraaaa…siap! Nah, sekarang bolehlah isikan “Giant Pencil Box” dengan macam-macam peralatan menulis anak-anak kita. Flashcard pun muat!

Mudahkan? Senang..bila dah habis menulis, melukis je, terus simpan. Masalah pensel warna berterabur, hilang insya Allah dapat dikurangkan. Nak pergi jalan-jalan pun senang…angkut je “Giant Pencil Box” ni masuk dalam kereta..hehe.

Alhamdulillah. Selamat mencuba dan terima kasih kerana sudi baca!


Komen & Pandangan