Pertama Kali Naik Kapal Terbang


Bismillah.

1 Mac 2014.

Pertama kali Farisya bkcs melancong naik kapal terbang. Ya, dia sungguh teruja malah kegembiraan itu di zahirkan di wajah apabila melihat kapal terbang di depan mata.

“Wah..aeroplane! aeroplane!”

Namun, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang hampir 7 jam sedikit membuatkan umi berfikir macam-macam, adakah Farisya bosan nanti? alamak…kalau Farisya nak pergi toilet macamana? Hmm…kalau dia nak tidur ok ke? Nanti kalau menangis kuat-kuat?? Aish..macam-macam bermain kat kepala. Dalam hati tak putus berdoa agar Farisya ok dan perjalanan kami selamat.
Dan, beginilah situasi dalam kapal terbang….
“Ommi, Farisya tak nak ni….Farisya tak nak ni..” Sambil cuba sedaya upaya membuka tali pinggang keledar tu. 

Farisya dah mula rimas. Huhu. Macam-macam cara memujuk. Sabar je lah. Alhamdulillah, bila dan stabil…lega sangat terutama sekali bila makanan dah sampai 🙂 🙂 🙂

*Insya Allah akan di sambung di entri yang lain berkenaan tips bawa anak & tempat yang kami lawati. Entri yang tertangguh…terutama berlaku peristiwa yang menjadi perhatian dunia, misteri kehilangan MH370. Hanya berselang 3 hari dari tarikh kepulangan kami. Amat terkesan dan meruntun jiwa.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, berilah petunjuk buat kami. Berikan hikmah di sebalik apa terjadi..” Amin.

Terima kasih sebab sudi baca!


Komen & Pandangan
Tags: ,