Peti Sejuk Mini


Bismillah.
Sekiranya kita mempunyai anak perempuan, yang suka main masak-masak, goreng-goreng tung tang tung tang, main jual beli dan seringkali barangan dapur permainan anak-anak kita berterabur dan bersepah…jom hari ini umi kongsikan cara membuat Peti Sejuk Mini dari kotak 🙂
Alhamdulillah dan terima kasih buat ayah Farisya bkcs yang komen dan pening apabila melihat mainan yang berterabur menyebabkan otak umi aktif berfikir untuk menyelesaikan masalah ini. *Dah jadi macam projek inovasi pun ada* Hikhik.
Baik. 
Kotak oh kotak. Projek kraf menggunakan kotak. Dan kali ini kotak Groupon di sponsor oleh ayah bkcs. Cantik dan berkualiti kotaknya. Umi suka!
Bahan-bahan:
  1. Kotak berbentuk segiempat
  2. Wrapper
  3. Gunting
  4. Salotape
  5. Pen/pensel
Cara membuat:
  • Memandangkan kotak ini ada 4 pintu, gunting 2 bahagian dan tinggalkan dua bahagian untuk dijadikan pintu seperti gambar di bawah.
  • Balutkan kotak dengan wrapper pilihan hati masing-masing. Umi masih gunakan tema Hello Kitty (Ya, sebenarnya umi memang simpan stok wrapper Hello Kitty yang umi jumpa cantik-cantik kat kedai..hehe )
  • 1 daripada 2 pintu yang lebih tadi umi jadikan sebagai penghadang di tengah-tengah kotak. Lekatkan penghadang ini dengan salotape. Pastikan ianya kukuh!
  • Tampalkan kertas warna (*pilihan) pada pintu Peti Sejuk.
  • Tampalkan sticker pilihan hati pada pintu (Konon-konon fridge magnet la ye..hehe)
  • Alhamdulillah…siap!!!
Bentukkan daya imaginasi anak-anak dengan bermain. Bila tambah peti sejuk ni boleh la anak-anak berimaginasi konon-konoon simpan aiskrim, ayam, sayur dan macam-macam lagi. Seronok juga main masak-masak ni, kalau kita kecik-kecik dulu lagi syokkan…guna sumber alam semulajadi seperti daun pisang, ,daun ubi kayu, daun kapal terbang buat masak-masak…oh kenangan! Lepas ni tambahkan lagi peralatan yang lain, kot-kot nak buatkan mesin basuh pula ;p
Selamat mencuba dan terima kasih sebab sudi baca!

Komen & Pandangan