Ulang Tahun Ke-2 Blog


Bismillah.

Alhamdulillah. April 2012. Terlibat secara tidak sengaja berblog & page hasil cetusan idea oleh ayah bkcs. Dulu, umi selalu melukis di kertas…lepas tu hilang entah ke mana. Dulu, bila umi dah siap lukis, ayah bkcs yang selalunya rajin mengumpul dan buat koleksi. Malah sekiranya sudah lama umi tidak berblog juga, ayah bkcs akan bertanya..~Cerita-cerita dan kisah adalah suatu perkongsian daripada umi, ayah & bkcs yang masih banyak perlu belajar menjadi ibu, ayah, dan anak yang mithali. Ya, masih terlalu banyak sisi kelemahan dan kekurangan, namun berharap segala pengalaman ini dapat dikongsi bersama. Segala kebaikan itu dari Allah, kelemahan itu dari umi. Bersama saling memotivasikan diri kita kerana umi percaya di saat menghadapi dunia persekitaran anak-anak yang semakin mencabar, umi tidak mampu andai sendirian.Bila membaca cerita-cerita daripada ibu-ibu hebat yang lain, semangat mereka dalam mendidik anak-anak, perancangan dan pengurusan masa yang baik bersama anak-anak, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, menguruskan anak-anak yang ramai dengan kesabaran, mewujudkan suasana keluarga yang sakinah dll….sejujurnya umi terkesan dan ingin menjadi begitu. Harapan umi, moga umi dapat terus berkarya dengan ilham dariNya. Mohon doa juga dari semua agar anak-anak umi menjadi anak-anak cerdik dan solehah sebagaimana anak-anda anda semua. Dijauhkan dari segala sikap mazmumah. Tegur dan nasihati umi sekiranya ada salah dan silap ok 🙂
Jom bersama cipta kebahagiaan dalam keluarga kerana kita lah ibu bapa hebat buat anak-anak kita!”Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.”-Surah Ali Imran: Ayat 38-Alhamdulillah.
 Terima kasih kerana sudi baca! 


Komen & Pandangan