Edisi: BKCS & Little Froggie


Bismillah.

 
Entri kali ini adalah sambungan daripada entri lepas. Bercerita tentang keseronokan dan kegembiraan Farisya bkcs yang turut serta dalam aktiviti di Slot Kreatif: Cerita & Imaginasi bertempat di Sudut Rehat dan Baca semasa berlangsungnya PBAKL 2014 di PWTC.

3 Mei 2014 (Sabtu), kali ke-2 ke PBAKL. *sangat gigih ok 🙂 * Sudah dirancang untuk ke sini lagi memandangkan adik umi, Cik Jah datang nun jauh ke KL. Farisya seolah-olah faham, bangun pagi-pagi, tidak meragam dan bersiap sedia untuk jalan-jalan. Alhamdulillah, tiada kesesakan luar biasa dan sampai ke PWTC lebih kurang jam 9.20 pagi.

“Jom…cepat…cepat..cepat ke aras-4..”
“Ada apa?” Tanya ayah bkcs.
“Ada aktiviti best untuk Farisya..” Hehe 🙂

Umi sebenarnya dah buat rujukan awal aktiviti pada hari tersebut. Tentatif program yang disusun oleh Perbadanan Kota Buku semuanya menarik dan terbaik! Namun, memandngkan tidak dapat turut serta di hari-hari bekerja, umi intai-intai aktiviti di waktu hujung minggu. Sebenarnya umi ingin sangat hadir ke kesemua slot terutama sekali slot “Seronoknya Kreatif” oleh Puan Faziela, sifu umi dalam bidang buku kanak-kanak. Namun, perancangan Allah itu lebih baik. Terlepas peluang untuk turut sama sebab sampai lambat jam 11.30 pagi. *Ditambah kesesakan luar biasa pada 1 Mei cuti Hari Pekerja*…T___T

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak aktiviti, dapat juga merasai keseronokan bersama “Little Froggie” dalam Cerita & Imaginasi oleh Puan Noraminah Omar. 
“Ommi..frog..F for frog!” Farisya sangat teruja apatah melihat belon-belon kuning hijau “Little Froggie”
Umi memang nak Farisya join aktiviti sebegini. Melatih tahap keyakinan diri, menyesuaikan diri dengan kawan-kawan berlainan bangsa, dan semestinya membantu Farisya memahami arahan-arahan mudah.
*Antara peserta paling kecil yang join..comel je umi tengok Farisya di antara kakak-kakak dan abang-abang*
*Cikgu ajar rentak nyanyi lagu katak versi korea kot..risau juga umi mula-mula takut Farisya tak faham. Tapi tengok semangat dia, umi tahu anak umi mesti boleh!*
*Jom bercerita bersama cikgu Siti. Tengokk..Farisya pun angkat tangan juga!*
 *Fokus. Comel tengok adik-beradik kembar di sebelah Farisya tu. Sempat juga umi membantu mereka masa sesi membuat origami katak.*
*Perhati betul-betul apa cikgu buat*
“Ommi…Farisya tak pandai…* 
Teringat pula Farisya berbisik perlahan-lahan cakap dia tak pandai nak buat origami. Jangan risau, meh umi tolong ok 🙂
*Muncul anak kecil yang comel ini. Suka tengok dia gelek-gelek nyanyi..semangat!!*
*Berkenan pula dengan topi little froggie Puan Noraminah. Segan nak bergambar sama-sama dan pinjam topi Little Froggie tu. Syabas Puan!* 
Farisya ditemubual tanya nama, tapi malu-malu meow cakap perlahan sangat sangat…aduhai”
*Nyanyi sudah. Bercerita sudah. Origami sudah. Sekarang, sesi mewarna pula. Yeay!!! 
Umi tahu Farisya sangat suka aktiviti ini!!!!*
Tolong menolong amalan mulia. Haish..umi pun teruja juga. Terima kasih Cik Jah tolong ambil gambar 🙂
*cak!*
 
“Ommi..Farisya nak kaler purple boleh?”
“Hmmm…frog kaler hijau kan? Tengok kakak kat sebelah..kaler hijau”
“Alaaa..Farisya nak purple..” *Suka sangat dengan purple*
“Ok”
Tetiba dengar Puan Noraminah cakap, sesi ini kita akan melihat katak-katak dari seluruh dunia. Macam-macam kaler katak ada..” Hehe.
 *Bersama hasil masing-masing. Kanak-kanak memang kreatif!
*Ni Farisya punya. BKCS & Little Froggie (“;)
Alhamdulillah.
Inilah hasil yang di bawa pulang buat kenangan 🙂

Setinggi-tinggi penghargaan buat Kota Buku yang menyediakan ruang yang best, Puan Noraminah & team alumni, Sempat juga jumpa Tuan Zamri yang turut hadir. Tahniah buat semua!! Semoga aktiviti-aktiviti sebegini diteruskan dalam program yang lain. Buat para ibu bapa…ayuh kita meriahkan program sebegini pada masa akan datang.

“Waktu kecil anak kita tidak akan berulang buat kali kedua. Beri peluang anak-anak menghargai usia kecil mereka dengan lakukan aktiviti gembira bersama-sama…~”

Terima kasih kerana sudi baca!


Komen & Pandangan