Tips Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014


Bismillah.
Allahummasolli ‘ala Muhammad. Wa ‘ala aali Muhammad. Salam Jumaat.

Entri ini ditujukan kepada sesiapa yang bercadang nak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 yang kini sedang berlangsung di PWTC. Masih lagi berbaki 2,3 hari. Sempat. Masih lagi sempat bagi sesiapa yang belum pergi, atau yang sudah pergi tapi nak pergi lagi berkali-kali. *sangat gigih ok!*

“Tak pergi macam rugi, nak pergi macam jem teruk je dan orang sangat sangat ramai…” Umi pun berfikir macam ni juga pada awalnya…. Justeru di sini umi kongsikan tips untuk ditimbang-timbang agar membantu merancang perjalanan anda semua ke PBAKL 2014.

1) Rancang buku apa yang ingin dibeli. Catatkan.

2) Bergerak seawal pagi dari rumah. Kalau boleh jam 9 pagi sudah berada di PBAKL.

3) Bersarapanlah terlebih dahulu bagi mengelakkan anda pengsan dengan kesesakan orang ramai.

4) Jika membawa anak kecil, sila bersiap sedia dengan pampers, susu, baju, payung, makanan bekal cth roti, air dll yang difikirkan perlu. 

*Nasihat: Jika ingin bawa baby setahun ke bawah, umi rasa tak perlu la kot mommies datang ke sini, kesian sangat baby perlu bersesak sama dan berasa tidak selesa* T____T Awasi anak-anak kita!

 *Bawa bekalan air untuk anak, nanti umi & ayah pun boleh tumpang sekaki. Hehe*

5) Jika anda biasa dengan satu jalan yang sama, study juga jalan alternatif sekiranya membawa kereta. *Kalau dapat naik LRT lagi bagus!

6) Bawa bekalan air masak. Saat ini air sangat diperlukan. *Air masak yang dibawa menjadi ibarat air sirap sejuk di majlis kenduri yang panas terik! ;p

7) Bawa duit mencukupi atau lebih. Elakkan di saat nak membeli buku baru nak cari ATM. Huhu..

8) Kenalpasti lokasi bahagian buku-buku dari awal agar memudahkan pergerakan. Lihat signage dan peta yang telah di sedia.

9) Pastikan hphone berada pada keaktifan maksima. *bateri penuh!!!* Risau jika tersesat di lautan manusia, boleh lah hubungi pasangan masing-masing ok.

10) Sabar. Sabar. Sabar. Jika sekiranya anak mulai meragam, sila bersikap tenang dan cuba tenangkan anak dengan buku, belon dll. Duduk dan berehat sekiranya penat. 

*Jika bawa anak-anak, elok sekiranya buat penggiliran menjaga anak-anak di ruang legar aras, dan bergilirlah antara ibu dan ayah masuk mencari-cari buku. Pergilah ke ruangan rehat & baca di Tingkat 4 untuk bersantai.

11) Bagus jika bawa stroller bagi yang ada anak-anak kecil. Tapi tidak berbaloi dan sukar nak bawa stroller sekiranya escalator rosak, dewan penuh sesak dengan orang, atau anak tidak mahu pun berada dalam stroller.

*Alhamdulillah. Dapat aiskrim percuma. Horey!*

12) Berbelanjalah dengan berhemah. Jangan mudah tertarik dengan diskaun yang ditawarkan, tapi pilih-pilihlah yang benar-benar menjadi pilihan hati yang berkualiti.

Ini cerita kami hari ini, edisi PBAKL 2014.

———————— (“;)

Alhamdulillah, hari ini umi, ayah dan Farisya bkcs berkesempatan meluangkan masa ke PBAKL. Rancang konon-konon nak pergi awal pagi, namun dang ding dong bertolak dari rumah lebih kurang jam 10.30 pagi. Aduh! Hari ini memang ada temujanji bersama Kak Mariam, Puan Faziela dan juga Tuan Zamri untuk perbincangan ringkas projek buku kanak-kanak (insya-Allah) jam 2 petang…tapi nak pergi awal sebab dah agak dah semestinya jem. Sangkaan sungguh tepat dan benar sekali!

Hampir sahaja ayah bkcs ajak naik lrt memandangkan kesesakan mula bertali arus dan jalan biasa ke pwtc ditutup, tapi memikirkan bakul susu, beg, stroller yang perlu di angkut bersama..hmmm, redah jem bersama kereta kesayangan diteruskan jua. Kami parkir nun jauh berhampiran lrt, di tepi sungai gombak dan jalanlah kaki. *Nasib kami masih muda dan kudrat berjalan masih bertenaga.. alhamdulillah*

Huh! Berpusu-pusu orang ramai berjalan masuk ke PWTC. Mulai sesak! Waktu tengahari adalah waktu puncak dan marilah kita bersesak-sesak. Tahan nafas…hembus. Untuk datang ke sini memang di kepala umi dah ada perancangan untuk dituju. Terus menuju ke Tingkat 4, ke bahagian buku-buku kanak-kanak adalah misi utama! Jom serbu….~

*comel kan*
*Bahagian kanak-kanak* 
*Sempat juga dengar Prof Kamil…best!*
*Che Amran dari Raihan…umi duk depan tau!*

Mood Farisya mula menurun melihat orang yang sangat sangat sangat ramai. Tak sanggup nak masuk! Akhirnya kami berehat-rehat dan santai di ruangan legar aras 4 “Sudut Rehat & Baca” yang tersergam indah, anjuran Perbadanan Kota Buku.


“Ommi, wah book!!!” Terus mood Farisya bertukar. Lega! *Sekiranya anda membawa anak-anak, sangat di sarankan ke ruangan ini…anak-anak boleh bersantai sambil membaca, dan buat penggiliran untuk masuk mencari buku pilihan. Kesian sekiranya bawa anak-anak kecil masuk sama. Lima bintang umi kasi untuk sudut ini sebab amat memudahkan ibu bapa dan anak-anak, malah di sini juga direncanakan program2 menarik anjuran Perbadanan Kota Buku.

*Ruang santai*
*Lepas satu satu buku di baca*
*Boleh juga di jadikan tempat berposing*
*Pilih pilih pilih yang ana berkenan*
*Fokus betul*
Sekiranya anda mencari-cari buku pilihan untuk anak-anak, ini adalah buku yang umi sangat sarankan untuk dimiliki! *umi memang dah target untuk dapatkan buku-buku ini*

Buku berkualiti karya dari penulis dan ilustrator hebat dari kak Emi, Pak Yusoff Gajah, dan Dr. Bubbles. Anak-anak kita pasti suka. Tengok Farisya bkcs ni, semangat betul…dapat buku baru lah katakan ;p

Alhamdulillah, misi untuk berbincang dan mencari buku-buku pilihan ini tercapai! Insya-Allah akan ada edisi kedua ke PBAKL untuk misi mencari buku-buku yang lain pula.

Jumpa anda semua pada hari Sabtu, 2 Mei nanti…..pagi-pagi tau! 😉

***p/s: Sesiapa yang ingin memiliki antara buku-buku di atas, tapi tidak berkesempatan untuk hadir ke PBAKL kali ini, insya Allah umi boleh tolong belikan memandangkan umi akan ke sana lagi. Yang penting mommies semua boleh dapat juga buku-buku berkualiti tersebut dengan harga di pesta buku yang lebih murah. Oppssss…jika nak pesan novel tak dapatla sebab umi bukan peminat novel..hehe.

Jom…memandaikan bangsa dengan kuasa buku!

Sekian.

Terima kasih kerana sudi baca dan hadir ke PBAKL 2014!


Komen & Pandangan