Jalan Mudah ke Taman Syurga


Bismillah.
Allahummasolli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad.

 

Alhamdulillah, umi, ayah dan Farisya bkcs berkesempatan untuk hadir ke Ceramah Khas “Mudahnya Jalan Ke Syurga” setelah melihat perkongsian poster di page Telaga Biru.

Mula-mula tengok Panel adalah Ustaz Zahazan & Prof Muhaya, terus berbunga-bunga riang dan niat mesti pergi ni! Sementelahan program di adakan di Masjid Besi Putrajaya yang tidaklah jauh sangat dari rumah, lebih-lebih lagi ianya percuma…hehe 🙂

Nota Dari Umi.

Sabtu | 19 jun 2014.

 “Farisya nak pergi jalan-jalan tak?”
“Nakkkk!!!” Jawab Farisya dengan penuh semangat.
“Farisya nak pergi masjid tak?”
“Nak!!! Masjid macam ayahkan….?”

*Lega, apabila Allah permudahkan. Mood Farisya bkcs ok dan lazimnya bila sebut je masjid, haa..pasti dia cakap masjid ayah. InsyaAllah.

Aktiviti di jadualkan bermula jam 9 pagi, tapi memandangkan sediakan sarapan pagi dulu, siap-siapkan Farisya bkcs…kami sampai di sana lebih kurang 9.45pagi. Dalam hati tak putus berdoa, moga-moga tak lah lama sangat tertinggal untuk menitip ilmu.

Alhamdulillah. Subhanallah. MasyaAllah. Ramai yang hadir 🙂

Ustaz Zahazan.

  • Dalam mendidik anak-anak dan diri menuju jalan ke syurga, dua kunci utama ialah ilmu dan amal.
  • Antara waktu yang mudah untuk mendidik dan memberi nasihat kepada anak-anak ialah di waktu makan bersama-sama, waktu di dalam kereta, atau waktu beraktiviti bersama-smaa mereka.
  • Sekiranya memberi ganjaran (reward), berilah ganjaran berupa buku kepada anak-anak. 
  • Sentiasa dampingkan anak-anak dengan ilmu.
  • Rajin-rajinkan minta anak menulis apa yang dia faham setelah membaca. Agar anak-anak menghargai ilmu dan mudah menyampaikan kepada orang lain
  • Didik anak sedari kecil dengan alQuran, latih anak dengan musabaqah, pidato agar melahirkan anak yang petah bicara dan berkeyakinan dalam berhujah.
  • Sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang soleh/solehah.
  • Ucapkan kata-kata “Jadilah orang yang berilmu sayang..” kepada anak-anak kita.
  • Sentiasa mencari peluang untuk menambah ilmu, hadir mendengar program dan ceramah agama yang baik-baik, sentiasa membawa anak-anak ke kedai buku, belikan bahan bacaan yang berkualiti dan bermanfaat.
  • Ustaz membawa kisah dari Surah AlKahfi tentang Kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir berkenaan tembok yang dibangunkan semula kerana dimiliki oleh anak yatim. Sangat terkesan kisah ini kerana walaupun ibuabapa anak-anak tadi telah meninggal dunia, namun kerana kesolehan ibubapanya, harta yang tertanam dibawah tembok dinding itu tetap Allah pelihara. Di dunia lagi Allah telah menunjukkan betapa amal soleh dapat menjaga dan memberi jaminan, apatah lagi pembalasan di akhirat nanti.

     ” Kesolehahan kita ibubapa akan membuatkan anak-anak protected. Keluarga terlindung. Menjadikan anak-anak soleh itu penting, tapi menjadikan diri kita juga soleh dan beramal dengan ilmu itu lagi baik dan penting.”  

Prof Muhaya

  • Dalam membentuk anak generasi hebat, kenalkan anak-anak sejak dari awal dengan Allah. Kalau masa anak-anak kecil, kita sentiasa perkenalkan anak dengan A = Apple, sedangkan awal-awal lagi sepatutnya kita kenalkan A=Allah.
  • Sentiasa menyebut-nyebut tentang Allah. Tentang kehebatan allah.
  • Bagi anak-anak yang berumur sebelum 7 tahun, semua perkara adalah proses ‘development’. Awasi tingkah laku kita sebagai ibu bapa kerana semua perkara yang kita lakukan menjadi perhatian dan ikutan anak-anak.
  • Sebenarnya dalam membentuk anak soleh/ solehah, lagi penting adalah semasa fasa mengandung. Ibu dan ayah hendaklah beriman kepada Allah. Ibu yang mengandung hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang tenang. Wahai para suami, sentiasalah puji dan hargai isteri di saat-saat ini. Sentiasa mengucapkan terima kasih hatta pada perkara yang kecil agar isteri merasa bahagia.
  • Sentisa bercakap dengan bayi dalam kandungan. 
  • Orang yang hebat sentiasa meminta maf. Wahai isteri, sentiasalah meminta maaf kepada suami setiap hari sebelum tidur. 
  • Sayangi diri kita. Ajak anak sayang Allah dan cari redha Allah.
  • Hidup selalulah bergantung kepada allah. mintalah padaNya.
  • Sentiasa menyayangi insan lain, sebab kita hidup bersama dengan orang disekeliling kita.
  • Wahai ibu, isteri..tukarkan imej menjadi berdikari. Isteri yang baik lebih dihargai berbanding isteri yang cantik.
  • Inner Talk:  Bangun pagi-pagi, tengok cermin dan senyum. Panggil dan sebut nama kita, ucapkan “Hazrina awak baik..jom kita ke syurga..” –>contoh.
  • Dari imej diri yang positif ini akan memberi impak kepada perilaku kita.

    “Kalau kita tak rasa bahagia, kita belum lagi membahagiakan orang. Jadilah orang yang sentiasa bermurah hati. Belanjakan wang untuk mencari ilmu. Hanya dengan ilmu, dapat mengubah kesedaran kita.”

 Alhamdulillah. Program berkhir lebih kurang jam 11.30 pagi. Di akhir program, ada pelancaran Apps Raudhah untuk mengetahui aktiviti-aktiviti taman ilmu. Jom pakat download apps ni di telefon pintar masing-masing. Apps yang insyaAllah bermanfaat buat kita. Boleh ke link Utusan Malaysia DI SINI untuk info lanjut.

 

p/s: Mohon maaf sekiranya ada yang terkurang dalam perkongsian ini. Doakan umi dan keluarga juga sentiasa diberi ketetapan iman dan berusaha menimba ilmu dalam membentuk keluarga di redhai Allah.

Terima kasih kerana sudi baca!


Komen & Pandangan
Tags: