Seminar Raising Young Caliphs


Bismillah.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Allahummasolli ‘ala Muhammad..wa ‘ala aali Muhammad.

“Teringin nak buka Little Caliph satu!”

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ahamdulillah. Kesyukuran yang amat kepada Allah SWT dengan izinNya umi dapat hadir ke Seminar Raising Young Caliphs anjuran Little Caliph bertempat di MAEPS. Buat yang tidak dapat hadir, jangan sedih. Hari ini rezeki umi…insyaAllah di lain hari rezeki anda pula ke lain-lain seminar keibubapaan yang menarik. Sesungguhnya Allah telah aturkan yang terbaik buat kita! *Yakin* Terima kasih buat ayah bkcs yang jaga Farisya hari ini dan beri duit saku untuk umi ke seminar hari ini 🙂

Baik. 24 Mei 2014.

——–

DARI NOTA UMI.

Memandangkan ramai yang telah bertanya, hari ini umi kongsikan dari catatan nota umi. Berminggu-minggu nak sambung menulis ni. Maaf. Semoga sama-sama kita dapat mengambil manfaat dan panduan 🙂

Ini adalah program sepanjang hari tersebut.

[Ustaz Zahazan]

Bila mendengar ceramah Ustaz Zahazan, Subhanallah…menarik sangat!
  • Sumber keberkatan itu datang dari Allah
  • Ustaz bercerita tentang tokoh-tokoh hebat Usamah bin Zaid, Anas bin Malik dll.
  • Untuk mendapat keberkatan dalam rumahtangga ada 2 perkara perlu dititikberatkan:
  1. Bina jambatan dengan Allah
  • Saat melakukan sesuatu, lakukan kerana Allah.
  • Ibu bapa jaga solat, jaga akhlak
  • Dalam mendidik, mulakan dengan diri kita terlebih dahulu
  • Selalu ingatkan anak-anak tentang Allah “Sebut Allah…Allah..”
  • Timbalah ilmu sebanyak-banyaknya. Sesungguhnya Allah tak akan sia-siakan usaha kita itu.
  1. Didiklah anak dengan kasih sayang
  • Jadilah ibu bapa kepada anak-anak umpama langit yang menurunkan hujan dan bumi yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
  • Rapatkan hubungan dan ruangkan masa yang berkualiti bersama-sama mereka.
  • Memang kita semua sibuk apatah lagi ibubapa yang bekerjaya, namun carilah peluang berbicara dengan anak-anak hatta di dalam kereta. Masa dalam kereta amat berharga untuk bercerita, berborak dengan anak-anak. 
  • Sentiasalah memeluk, cium, berbicara dengan anak-anak dengan kata-kata yang manis dan lembut.
Bagaimana nak ajar anak solat?
  1. Solat bersama-sama (ajak)
  2. Jika anak lelaki, sentiasa ajak ke masjid
  3. Jika anak perempuan, beli telekung yang cantik buat mereka sebagai galakan
  4. Pakaikan pakaian yang baik untuk solat. (Kisah Imam malik bin Anas, bagaimana ibundanya telah memakaikan jubah sejak dari kecil dan menjadikannya ulama)
Banyakkan tahajjud, solat dhuha, sedekah dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
Buku yang dicadangkan oleh Ustaz untuk dimiliki terbitan Telaga Biru:
  • Kenali Rasul Kita
  • Anakku Penyejuk Mataku

[Teacher Fari (Puan Faridah – Pengasas Little Caliph)]
Erti anak-anak ‘Gifted’ ialah: 
  • Anak-anak yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kreativiti dan bakat.
  • Perkembangan anak-anak ini lebih cepat, iaitu boleh melakukan pekerjaan dengan lebih kreatif dan inovatif dari kanak-kanak yang lain (Queenland 1993)
Ciri-ciri anak ‘gifted’:
  • Anak-anak ini berlainan dari anak-anak seumur.
  • Cepat bercakap/ luas kosa kata/ pandai menggunakan bahasa
  • Banyak bertanya ‘kenapa..’
  • Boleh duduk dan fokus dengan baik dan lama
  • Suka puzzle, lego, bermain chess pada usia yang muda
  • Pandai melukis, muzik, berlakon
  • Cepat berjalan
  • Suka belajar dari persekitaran dan tidak suka belajar dalam kelas
  • Tak suka peperiksaan, suka projek yang membina intelek dan jasmani
  • Kurang tidur
  • Lebih suka berinteraksi dengan orang tua
  • Sensitif jika ibubapa menipu
  • Rasa keseorangan
  • Berdikari
  • Sensitif
Jenis-jenis anak ‘gifted’:
1) Yang cemerlang akademik
2) Yang memberi cabaran
3) Yang Senyap
4) Yang pemaaf
5) Yang istimewa
6) Yang autonomous – berdikari
7) Yang berlainan budaya

*Jenis 1 dan 6 kebiasaannya cemerlang di sekolah. Manakala 2 & 4 seringkali popular di kalangan rakan sebaya.

Setiap anak punya keistimewaan sendiri. Namun sekiranya ibubapa TIDAK dapat mengurus anak-anak gifted  dengan betul, ianya akan membuatkan mereka:
– Kurang berkeyakinan
– Perasaan rendah diri
– Rasa tidak dihargai
– Rasa tidak tahu nak buat apa
– Rasa tiada matlamat dalam hidup
– Rasa lemah semangat
– Depressi

**Akhirnya minda anak-anak akan terbiar dan akan menjadi nakal hingga memberi kesan negatif.

“Kalau anak kita pandai akademik, pupuk dia.. Kalau anak tak cemerlang akademik…cari kecemerlangan anak dalam bidang lain..”

Apa perlu ibu bapa buat?

  • Sentiasa memantau dan memberi sokongan
  • Memberi ransangan pada bakat
  • Memberi pujian dan galakan
  • Menjadi rakan agar boleh bercerita
  • Hantar ke sekolah yang baik
  • Hantar kepada guru yang baik
  • Rancang aktiviti yang baik
  • Jika anak di sahkan ADD, jumpa pakar.
– Pendidikan untuk anak-anak bermula dari rumah.
– Kita juga ibubapa hebat!

Kusyuk…~
Ustaz Dr Mohd Shafie (Darul Huffaz)
Ustaz memulakan ceramah dengan melontarkan pertanyaan kepada para ibubapa. 
“Adakah anda semua mampu untuk hafal alQuran 30 juzuk??
Jawapannya: INSYA-ALLAH, SAYA YAKIN! —-> sebab saya ada Allah!
“Kalau didik anak dengan mulut, maka ianya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tapi kalau didik anak dengan hati..ianya akan kekal dan berkesan..”
Bagaimana untuk develop Tauhid?
  • Supaya jadi anak yang yakin.
  • Ulang-ulang Allah banyak-banyak kali kepada anak.
  • Letakkan Allah bukan hanya pada  mulut tapi di hati.
  • Tanamkan keyakinan pada Allah pada diri anak-anak sejak dari kecil.
  • Sentiasa berniat untuk dekat dengan alQuran
Mulai sekarang niatkan.. “Ya Allah, aku ingin hafal 30 Juzuk AlQuran..”
Kenapa?
1) Allah yang suruh
2) Sunnah terbaik
3) The best leadership skill
4) The best education approach
2 skil yang diperlukan dalam menghafal Quran:
1) Attitude skills – sikap kita, niat
2) Technical skills – Kaedah systematic menghafal quran
Tips:
– Ambil ayat yang pendek dahulu
– Baca 60 – 200 kali
– Satu minggu 1 ayat.
Fadhilat:
– Multilevel business
– Brain power
– Mahkota di akhirat kelak
** Perniagaan yang tak akan rugi sama sekali
** Jika kita buat secara istiqomah, Allah akan bukakan hikmah.
– Untuk menghafal, sentiasa ulang (repeat)
– Hafal dengan tajwid
– Fasihkan bacaan
– Jangan rendahkan kebolehan anak.
Persembahan tentang AlFateh.

FORUM: MENGHIDUPKAN SUASANA ISLAM DI RUMAH

Panel-panel:
1) Tuan Haji Roslan
2) Maulana Tahir AlMazahiri
3) Ustazah
3) Ustaz Ebit Lew

Subhanallah. Bicara Ustaz Ebit Lew yang sangat menarik dan kelakar.

Islam adalah agama –> Cara hidup (mengikut cara hidup Nabi Muhammad s.a.w)

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah agama Islam”

– Untuk melihat agama ada dalam rumah, lihat cara hidup dalam rumah kita. (Lihat iman, solat, Puasa, Zakat, Haji..)

– Solat itu tiang agama. Sesiapa yang tidak melaksanakan solat, maka dia telah meruntuhkan agama.
– Tunjang di dalam rumah ialah SOLAT.
– Solat adalah hak Allah. Oleh itu, solatlah di awal waktu.
– Carilah ILMU : Belajar dan mempelajari
– ILMU itu fardhu bagi tiap-tiap muslim

Apakah pendekatan terbaik dalam mendidik anak?

  • Anak itu hak atau amanah?
  • Anak itu adalah rezeki untuk kita lindung, didik dan pimpin untuk jadi khalifah di muka bumi.
  • Kitalah ibubapa yang perlu meletakkan ‘rasa’ dalam diri anak-anak.
Anak 0-7 Tahun (100%) ibu ayah)
– Ibarat software yang kosong. Menyerap perlbagai pelkara.
– Dekati dengan lembut.
Anak 7-14 Tahun
– Memberi peraturan/disiplin
– Membentuk nilai
– Sekolah mana yang kita hantar anak?
– Memberi disiplin dengan penerangan
Anak 14 – 21 Tahun
– Jika mak dan ayah buat salah, rendahkan diri untuk meminta maaf
– Berkawan dengan mereka
*Sentiasa baca buku dan tanamkan anak cintakan ilmu sejak kecil. Jadilah seperti ibu alFateh yang sentiasa bercerita kepadanya.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan anak-anak?
  • Awal agama ialah mengenal Allah.
  • Biarkan agama masuk dalam diri kita
  • Dulu kita hina, Allah muliakan kita dengan Islam
  • Orang yang takutkan Allah, paling berjaya dalm hidup
  • Bila rumah ada agama, rahmat Allah datang mencurah-curah.
  • Mak ayah berkasih-sayang, anak-anak akan berkasih sayang.
  • “Jagalah Allah, Allah pasti menjaga kamu”
  • Sentiasa ulang-ulang tentang Allah kepada anak-anak.
  • Sentiasa menikmati nama Allah
  • Seronok bercakap tentang Allah
  • Di rumah, cari wakti lapang, berhimpun dan bercerita tentang sunnah nabi.
  • Berikan masa berkualiti bersama anak.
Hak Allah:
– Segala perkara yang dilakukan merujuk kepada Allah
– Sentiasa hubung hati dengan Allah
Hak Makhluk: 
– Dalam mendidik anak-anak, kitalah yang patut mendidik.
– Taska/ sekolah hanyalah guide
– Paling layak ibu yang mendidik sebab kita yang paling penyayang dan pengasih.
Ingatlah! Bersyukurlah! Bila ingin memohon sesuatu, solatlah dua rakaat.
“Bersabarlah dalam mentarbiyah anak-anak kita kerana dalam sabar ada jalan penyelesaian dan rahmat”. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua penceramah. Semoga Allah memberkati usia dan memurahkan rezeki semua dalam menyebarkan dakwah ini.

Ada gerai jualan. Yeay!! Sempat juga umi membeli beberapa buah buku 🙂
Tengok cantik je. Rasa macam nak beli, tapi ini untuk kemudahan taska.

Kredit buat Yuhanis, ibu hebat sebab tolong belikan tiket. Kami bersama-sama join program ini 🙂
Syukran.
Terima kasih kerana sudi baca!


Komen & Pandangan
Tags: