Seni dan Kraf: “Sponge Painting”


Bismillah.

Mengecat, mewarna menggunakan watercolor memang akan membuatkan rumah jadi ‘comot’ sekiranya tidak diurus dengan baik. Namun, ini adalah antara aktiviti yang digemari anak-anak di dalam fasa meneroka dan mencuba macam-macam aktiviti seni dan kraf yang menyeronokkan. Bagi ibu yang berkerjaya, sekiranya tidak mahu rumah comot di hari-hari biasa, jadikan aktiviti comot ini dihujung minggu dan peruntukkan bahan dan
ruang yang bersesuaian 🙂 *Tak apa, bersepah sekejap je…dah siap nanti ajak anak kemas sama-sama ok!

Aktiviti seni dan kraf di hujung minggu yang ingin umi kongsikan ialah “Sponge Painting” iaitu aktiviti menggunakan span membasuh pinggan mangkuk yang berada di dapur rumah ;p Hehe. Benar! Span ini adalah antara tool yang boleh diguna untuk dijadikan cop. Umi pernah terpandang “sponge stick” di kedai D.I.Y, menarik dan harganya pun tidak mahal. Namun dlm hati, “ummi nak buat sendirilah!”

Terbayang ada span yang memang umi beli lebih untuk mencuci pinggan mangkuk di dapur. Ambil satu untuk dikorbankan buatkan ‘cop mohor’ untuk aktiviti Farisya bkcs. Antara bahan-bahan biasa yang perlu ada adalah seperti gambar di bawah.

Proses membuat bentuk yang disukai. Sedikit mencabar apabila Farisya nak tolong buatkan. Umi buat 2 jenis bentuk bunga dan 2 bentuk daun. Lakarkan bentuk terlebih dahulu kemudian gunting. Umi guna span agak tebal. susah sedikit nak gunting..huhu.

 

Sediakan watercolor dan juga air. Warnakan span mengikut warna kesukaan masing-masing.

Cop atau tekap span pada permukaan kertas lukisan. Cop banyak banyak banyak banyak sehingga membentuk seni lukisan yang cantik. Walaumacammana hasil yang dibuat, PUJI anak-anak di atas usaha dan kesungguhan dia.

Taraaaa….

Alhamdulillah. Inilah hasil “Sponge Painting” Farisya bkcs dan umi. Muka pun comot sama ;p


Komen & Pandangan