Seni Dialog Anak: Berpesan atau Membebel?


Bismillah.

Allahummasolli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad.

Seni Dialog Anak | Berpesan atau membebel?

[Kisah 1]

Macam kebiasaannya…tiap tiap malam dipenuhi dengan aktiviti bersama Farisya bkcs. Kadang-kadang hairan juga dengan energy yang dia ada. Farisya ni tak rasa penat ke? Tak rasa mengantuk ke? Tapi itulah anak-anak…zaman kecil mereka bermain itulah keseronokan. Macam kita juga dolu-dolu 🙂

Alhamdulilah, malam ni aktiviti iqra’ ialah teka bunyi aa..ii…uu, taa..tii..tuu… daa…dii..duu ya…yii..yuu.. Sebutkan huruf hijaiyah secara random dan minta Farisya teka sebutannya untuk baris atas, baris bawah dan baris hadapan. Bermain secara santai sebab Farisya lagi lama fokus bila macam ni.

Baik. Dah macam-macam Farisya main, mata dah mula mengantuk. Sambil-sambil Farisya minum, umi pun berpesan-pesanan. *Lebih kurang macam ni la.

Umi: Farisya.. Farisya kena tidur awal, esok kena bangun pagi-pagi nak solat subuh. Farisya kena rajin solat…rajin mengaji…rajin baca quran…baca alFatihah selalu nanti Allah sayanggg Farisya. Rasulullah sayang. Ommi sayang. Ayah sayang. Semua orang sayangggg…

Farisya memandang umi…mendengar dengan teliti seolah-olah faham.

Umi: Farisya kena dengar cakap ayah tau, kena dengar cakap umi, kena dengar cakap cikgu, kena baik dengan semua orang. Orang yang baik akan masuk syurga. Farisya masuk syurga, ayah masuk syurga, umi masuk syurga….semua orang baik baik masuk syurga.

Farisya mengangguk-angguk.

Farisya: Ommi, ni butterfly..butterfly…syurga tak? (Sambil Farisya tunjuk butterfly pada baju yang dipakainya…)

Erk!

Umi: Boleh. Butterfly boleh masuk syurga juga.


Farisya: Pillow…pillow? (Farisya tunjuk bantal bucuk kesayangan dia pula)


Umi: Haa…pillow pun boleh masuk syurga juga.


Seketika kemudian, Farisya bangun dari sofa dan tunjuk Hello Kitty.


Farisya: Ommi…kitty??

Alamak!

Umi: Kitty pun boleh masuk syurga juga. Semua boleh masuk syurga Farisya kalau baik.

Farisya tersenyum puas.

Sambil tepuk-tepuk dan baca alQuran untuk Farisya akhirnya dia lena. InsyaAllah, esok Farisya bangun dengan senyuman  🙂

Masya Allah anak umi yang cerdik solehah ni. Bila dah lagi besar nanti, apa la lagi soalan cepu cemas untuk umi ? ;p

Ini pula kisah lama. Ada la kot dalam 1, 2 bulan lepas.

Masa sedang mandikan Farisya, umi pun berpesan-pesan pasal minum air memandangkan ketika tu musim panas yang amat.

——————-
[Kisah 2]

“Farisya, Farisya kena selalu minum air masak ok…kat school pun kena minum juga. Nanti Farisya cakap la kat cikgu, cikgu…Farisya nak air. Nanti kalau jarang minum Farisya batuk..kena ulser kat lidah lagi… sekarangkan musim panas…bla bla bla bla..”

Tiba-tiba..

“Ommiiiii…dah ommi. Mandi dulu.. nanti baru Farisya minum air..”

Gulp!

Terus umi terdiam. Dalam hati “Ya Allah…umi dah membebel tanpa sedar rupanya…”

*Dan jangan ingat anak kecil walaupun belum lagi umur 3 tahun…ada antara mereka yang sudah mengerti dan faham bila waktu kita berpesan-pesan dan bila waktu kita membebel.

 *Umi bukan nak membebel pun…automatik kot bila dah jadi ibu ni…kadang-kadang terbebel juga walaupun tanpa sedar. Huhu.

*Sekarang pun musim panas sangat kan. Bekal kan anak-anak kita dengan air kosong secukupkan ok!

Umi juga masih belajar..belajar dan belajar. Masih belajar dalam seni dialog bersama anak. Dan setiap pengalaman itu adalah proses belajar buat kita. Walau setiap dari kita punya cerita berbeza namun itulah kemanisan dalam  kisah setiap anak-anak. Berbicara dan berlemah lembutlah terhadap mereka. Kerana setiap ibu adalah orang yang paling memahami anak-anak mereka 🙂

Terima kasih kerana sudi baca!


Komen & Pandangan