Diari Ramadan: Kisah Farisya, Donut & Semut


Bismillah.

Salam Ramadan.

Teringat kisah Farisya. Hari Jumaat yang lepas, umi belikan donut untuk di bawa pulang. Memandangkan beberapa hari lepas anak jiran kerap datang bertandang ke rumah dan menanti kami bila pulang dari kerja. Rasa bersalah juga saat mereka datang, tiada apa untuk dihidangkan kecuali gula-gula. So, umi belikan donut istimewa untuk mereka. Seronok juga bila mereka sama-sama main dengan Farisya. Namun bukan rezeki mereka, hari tersebut mereka tak datang tambahan pula Jumaat agak jem dan kami lambat sampai ke rumah. Rezeki Farisya nampaknya…

Esoknya, masih ada berbaki donut.

Sambil bermain, saat berehat seketika Farisya makan donut. Tiba-tiba donut coklat kesukaan Farisya dah ada tetamu lain iaitu semut.

Farisya: “Ommiiiiiii….ada semutttttt…” Jerit Farisya.


Ommi: “Alamak, ada semut dah. Farisya ambil yang lain la….”

” Ishhhh….semutttt ni. Semutkan puasa…tak boleh makan. Semut dah besarrrrr….Farisya kecil lagi. Farisya tak puasa…. Ni donut Farisya la semut..”

Erk!

Terdiam umi seketika mendengar Farisya membebel.

MasyaAllah. Bicara puasa oleh Farisya bkcs.

Tergelak juga umi lihat cakap dia penuh emosi.

Lantas umi peluk Farisya,


“Bijak anak umi…tapi semutkan kecil juga..tak pe lah Farisya ambil yang lain. Ni rezeki semut..siapa bagi rezeki?”

“Allah” Jawab Farisya.



Alhamdulillah. Sayang Farisya! Hehe 🙂

Terima kasih kerana sudi baca!


Komen & Pandangan