Aktiviti Kolaj : Salam Maal Hijrah


Bismillah.

Allahummasolli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.

Salam Maal Hijrah 1436H. Perpaduan Nadi Transformasi Negara.

Bersempena cuti dan kita meraikan maal hijrah hari ni, maka inilah aktiviti umi dan Farisya hari ini.

Taraaa…………………..~

Alhamdulillah. Inilah hasil aktiviti kolaj Farisya & umi. Tulisan tu pun Farisya yang tulis 🙂
Bersempena tahun baru hijrah, pastinya umi juga berharap suatu perubahan diri ke arah yang lebih baik.
Menjadi seorang ISTERI yang lebih baik.
Menjadi seorang OMMI yang lebih baik.
Menjadi seorang ANAK yang lebih baik.
Menjadi seorang MENANTU yang lebih baik.
Menjadi seorang PEKERJA yang lebih baik.
Menjadi seorang JIRAN yang lebih baik.
Menjadi seorang TEMAN yang lebih baik.
Serta melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah yang digalas dengan lebih baik.
Lebih-lebih lagi menjadi seorang MUSLIMAH & HAMBA ALLAH YANG LEBIH BAIK.
Insya-Allah.
Dan tak lupa juga menjadi seorang blogger yang lebih baik. Berkongsi sesuatu yang baik-baik dan bermanfaat. Ambillah panduan sekiranya ia bermanfaat dan baik, namun jika sebaliknya…doakan umi dengan doa yang baik-baik.
Dikesempatan ini juga, umi memohon seribu kemaafan sekiranya ada salah dan silap. Insya-Allah, buat beberapa bulan ini umi nak berehat seketika. Di hujung tahun, banyak perkara ingin di urus dan di fokus. Ingin memanfaatkan peluang dan ruang menimba ilmu dan membaca, serta merancang sesuatu yang lebih baik untuk diri dan keluarga. Insya-Allah. Moga dipermudahkan segala urusan.
Ingin umi kongsikan titipan ilmu dari Usrah Nurani di ikimfm..”Saat perubahan yang dilakukan, lakukan dengan hati yang ikhlas, lakukan dengan bermatlamatkan kerana Allah. Sedang matlamat itu jelas, barulah di atur strategi dan langkah.”
Salam hijrah buat semua! 🙂

Komen & Pandangan