Playgroup Di Kanak Kanak House


Bismillah.

Assalamualaikum dan selamat malam.

InsyaAllah di entri kali ini, umi ingin kongsikan berkenaan dengan playgroup yang telah Farisya bkcs hadiri pada Ahad minggu lepas.

Apa itu ‘playgroup’?

“Playgroup is an informal session where parents, carers, babies and children aged 0 to school age come together in a relaxed and friendly environment. 

-playgroupaustralia.com-

Secara umumnya, apa yang umi faham..’playgroup’ ialah satu kumpulan yang kecil yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang melakukan aktiviti dalam suasana santai, menyeronokkan dan kreatif.

Sebenarnya, ini adalah kali kedua Farisya turut serta dalam playgroup rasmi sebegini. (Kalau di Taska semestinya hari-hari..hihi) Kali pertama, umi bawa Farisya pergi trial class je masa dia kecil lagi di tempat lain. Alhamdulillah, kali ini dapat juga Farisya join playgroup di KanakKanak House.

Apa itu KanakKanak House?

“KanakKanak House adalah pusat aktiviti kanak-kanak hujung minggu dan pusat perkongsian ilmu pendidikan kanak-kanak juga keibubapaan. Setakat ini beroperasi dua kali sebualan untuk playgroup dan sekali sebulan untuk bengkel pendidikan. Selain itu, ada kelas kanak-kanak dan juga disewa untuk tujuan pendidikan.”

(Copy paste dari status fb KanakKanak House) *nanti LIKE ramai-ramai tau! 

Mula-mula umi risau juga nak Farisya turut serta dalam playgroup ni. Pertama, umur Farisya belum mencapai 4 tahun lagi. Kedua: Boleh tak Farisya bergaul dengan rakan-rakan baru & lebih besar dari dia?. Ketiga: Uish..kalau Farisya tak faham arahan cikgu nanti macamana? Perasaan bercampur baur, malah malam sebelum hari playgroup tu..umi duk ulang-ulang cakap “Farisya, esok kita pergi main aktiviti tau..kat school baru, Farisya nanti jumpa cikgu baru..kawan-kawan baru…nanti main sama-sama”  Farisya siap sambung..“Jangan gaduh-gaduh..” Huhu. Sebenarnya umi nak lihat sendiri bagaimana Farisya berdikari, berani, dan boleh mendengar arahan orang lain.

Maka hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Aktiviti yang dikelolakan oleh Cikgu Ib yang umi kagumi selama lebih kurang 3 – 4 jam. Ya, Farisya sangat bersemangat nak pergi sini! Ini antara gambar yang ingin umi kongsikan dengan semua. Biar gambar berbicara…..chewwah!!

Melatih Berani!

Ini aktiviti pertama: Nyanyi lagu semut. Bila cikgu panggil sesiapa yang sudi ke depan, umi cuba tanya Farisya, “Farisya, Farisya nak tak pergi depan?” Terus laju je Farisya angguk-angguk dan terus ke depan. Erk! Terkejut juga sebenarnya lihat dia berani ke depan. Ya syabas Farisya!

Fokus.

                                                          Kusyuk mendengar arahan 🙂

                                  Mencabar minda.                    
Cuba menyiapkan aktiviti maze.

             Seronok.
Giliran hero-hero pula membuat persembahan ;p

Bila Cikgu Ib cerita pasal kisah semut dan kerajaan Nabi Sulaiman, Farisya cakap..”Eh…sama macam ommi kan kat rumah…kisah nabi..” 🙂 Kat rumah cerita lain. Menarik kisah ni, umi pun tumpang dengar juga.

Aktiviti Kraf: Buku Cerita Semut. Sangat sangat best!!! 
Bila duk buat badan semut tu, ada 4 yang bulat-bulat..Farisya siap kira..“One..two..three..four…Ommi, ada four circle!”

“Ommi…tengok ni…ada sesungut!”

Kerjasama 🙂 
Suka tengok budak-budak, comel je bila buat aktiviti sama-sama. Sama-sama tulis, sama-sama lukis.

Proses menyiapkan altiviti. Cikgu Ib tak menang tangan..hihi. Bila umi nak tolong Farisya je, Farisya cakap..“Ommi janganlah…ommi kat rumah. Kat sini cikgu.” Erk!

Bila dah siap aktiviti, Farisya cakap “Nak tunjuk kat cikgu lah..” Amboiii.

Semangat anak umi nih!

Lihat betapa ramai yang join…memang terbaiklah!

Puas Hati. Lima bintang!
Sempat bergambar istimewa di KanakKanak House bersama hasil karya yang di bawa pulang. 
Sebenarnya di KanakKanak House inilah umi banyak menimba ilmu berkaitan ilmu parenting. Telah hadir beberapa kali di sini dan insyaAllah akan hadir lagi. KanakKanak House boleh menjadi pilihan ibubapa dan anak-anak juga tadika di samping kelas-kelas playgroup yang lain. Yuran penyertaan yang sangat-sangat murah! Dengan pilihan aktiviti yang dikelolakan, kita boleh memilih yang mana satu berkenan mengikut tarikh yang bersesuaian. Di sini juga tempat kita manjalinkan ukhuwwah dan berkongsi cerita. 
ALHAMDULILLAH.
Semua berjalan lancar dan Farisya sangat sangat ok! Terima kasih Cikgu Ib dan KanakKanak House di atas peluang ini. InsyaAllah jumpa lagi di lain masa. 
p/s: KanakKanak House bertempat di Kajang, dan agak jauh dari rumah umi. Kalau tak..mesti lagi kerap join  & turut sama menyumbang jadi sukarelawan 🙂

Terima kasih kerana sudi baca & semoga bermanfaat!


Komen & Pandangan