Kongsi | Panduan Mendidik Anak Perempuan


Bismillah.

Assalamualaikum.

Kali ini umi nak kongsikan “10 Panduan Mendidik Anak Perempuan” yang ditulis oleh Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir dalam Majalah al-Ustaz edisi no. 31.

1) Latih anak dengan akhlak mulia. Contoh: sifat malu yang sesuai pada tempatnya.

2) Biasakan anak berada di rumah.

3) Latihlah anak perempuan dengan keadaan dapur dan kerja-kerja di dapur.

4) Pisahkan anak perempuan daripada anak lelaki di tempat tidur ketika usia mereka mencecah 10 tahun.

5) Didik anak untuk menutup aurat.

6) Biasakan anak dengan disiplin dan tanggungjawab 

7) Sentiasa ingatkan anak dengan solat fardhu

8) Biasakan anak dengan bercakap dengan sopan dan bahasa yang baik.

9) Ajar anak supaya tidak kedekut dan tidak membazir.

10) Ibu bapa mesti menjadi contoh teladan yang baik.

Menarik perkara ketiga tu. Ya, sekarang di usia Farisya 3 tahun…dia memang sangat sangat berminat dengan dapur. Pantang umi ke dapur, pasti dia pun muncul sama. Buka tutup peti ais itu biasa. Malah merajuk pun duduk di pintu peti ais! Aduhai…

Lagi menarik umi nak kongsikan kisah “Soalan cepu cemas bila umi tak masak

Ada satu hari tu,  ayah bkcs bawa balik nasi Arab…seronok umi bukan kepalang…kiranya hari tu cuti dari masak ;p Tapi lain pula ceritanya bila Farisya tahu.

Farisya : Ommi, ini apa?
Ommi : Nasi Arab..ayah beli.
Farisya : Ooo..beli kat mana?
Ommi  : Beli kat kedai.
Farisya: Ooo..ommi tak masak ke hari ni?
Ommi  : Tak..ommi tak masak sebab ayah dah bawa balik ni.
Farisya: Kenapa ommi tak masak?? Ommi tak potong bawang ke?? Alaa..
**Bla..bla..bla..gitu la kiranya soal selidik anakanda Farisya. 

Tapi bila umi masak…soalnya pendek je :

Farisya: Ommi masak ke?
Ommi: Ya, ommi masak.
Farisya: Wah sedapnya..terima kasih ommi!!

Seronok juga bila ada Farisya teman di dapur. Celotehnya macam-macam. Tanya itu..tanya ini. Kadang-kadang umi bagi tugsan untuk dia membantu sama. Beginilah anak perempuan…bak kata orang tua-tua “Melentur buluh biar dari rebung” kan..kan..

Aktiviti membuang biji labu 🙂
Aktiviti ceraikan bawang putih sambil mengira 🙂
Alhamdulillah. 
Terima kasih Farisya kerana sudi tolong masak! ;p

Komen & Pandangan
Tags: