Cuti-cuti ke Zoo Melaka


Bismillah.

Hari minggu lepas dan bersempena cuti Krismas yang lalu, kami sekeluarga telah ke Zoo Melaka. Yang pastinya di musim sekolah ini zoo pastilah sangat meriah kerana ianya merupakan destinasi tarikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil di musim cuti sekolah.

Sekadar niat untuk bagi surprise kat Farisya bkcs, ummi dan ayah tak bagitau destinasi yang nk dituju. Memang dah lama Farisya minta nak pergi zoo. Kali terakhir dia pergi zoo masa umurnya 2 tahun, mestilah dia tak ingat pun kan, hehe. Time tu ke Zoo Negara. Tapi kali ni ayah pilih Zoo Melaka sebabnya Zoo Melaka ni well known dan tiketnya murah. Selain tu dapat juga bercuti di Melaka bandaraya bersejarah kan 😉

Bertolak jam 8.30 pagi dari rumah dan tiba di Zoo Melaka jam 10 pagi. Just in time seperti dirancang. Ayah kata pukul 11 ada persembahan burung, 11.30 aktivti bagi makan gajah dan pukul 12 pula aktiviti di kawasan harimau. Jam 10 pagi, orang dah mula ramai di zoo. Parking masih ada kosong tapi dah di lane paling hujung sekali. Kaunter pembelian tiket pun masih dalam situasi terkawal lagi.

Seperti kebanyakkan tempat tarikan, sebaik sahaja masuk akan ada perkhidmatan ambil gambar di layar hijau yang boleh dibeli ketika balik nanti. Ommi dan ayah biasanya akan beli (kalau gambar ok) sebagai kenangan walaupun harganya mahal, dengan pakej termurah biasanya diantara RM40 ke RM60.

Bercerita pasal gambar ni, Farisya pun ada hobi baru iaitu hobi mengambil gambar. Sejak balik bercuti di Bukit Tinggi Pahang, dia berminat untuk mengambil gambar. Walaupun ayah minat dengan fotografi, tapi sebenarnya minat Farisya tu datang dari kartun Doraemon. Beriya minta kamera dengan ayah. Akhirnya ayah bagi kamera DSLR ayah yang kedua iaitu model Nikon D5200. Saiznya kecil dan sedikit ringat, jadi bolehlah Farisya buat praktis. Manalah tau suatu hari nanti minat tu berkekalan, boleh jadi macam fotographer dalam video ni InsyaAllah 🙂

 

Ini antara gambar yang Farisya ambil, dah di edit oleh ayah:

Keluasan zoo ni kalau berjalan adalah sejauh 3.2KM. Ada perkhidmatan tram disediakan untuk warga emas atau yang terasa tak larat untuk berjalan. Tapi pada Ommi rugi sebenarnya ambil tram ni. Walaupun ada pemandu pelancongnya, tapi tram ni hanya bergerak mengelilingi zoo dan tidak berhenti. Hanya taklimat ringkas sahaja diberikan sepanjang perjalanan. Jadi rugi la kan sebab kita datang untuk tengok haiwan. Selain tu berjalan ni akan jadi aktiviti beriadah bersama keluarga yang baik. Tapi yang pasti ayah memang tak akan naik tram sebab dia nak ambil gambar haiwan-haiwan di sini. Penat? Memang penat… 4 jam berjalan tapi tetap berbaloi!

Ini pula antara koleksi gambar ayah:

Semasa di zoo, pakcik ayah (Farisya panggil Tok D) yang tinggal di Melaka  datang sekali walaupun mereka dah banyak kali ke sini. Maklumlah, jarak rumah dengan zoo 15 minit sahaja. Memang niat kami untuk singgah di rumahnya selepas habis aktiviti di zoo. Setelah selesai makan dirumah Tok D, Farisya dan Ommi pergi ke belakang rumah. Rupanya ada satu lagi minat Farisya jumpa disini iaitu aktiviti berkebun! Ini mesti pengaruh cerita Upin Ipin pulak ni, hehe.

Memang macam-macam tanaman di belakang rumah Tok D ni. Ada pokok Tomato, pokok Cili, pokok Tin, pokok Ceri, pokok Kari, pokok Limau Purut, pokok Halia dan pelbagai lagi. Fariysa pula asyik mintak nak Pokok Delima. Akhirnya Tok D bagi pokok Daun Kesom beserta pasu percuma untuk dibawah balik ke rumah. Seronok Farisya, hari-hari nak siram pokok dia. Moga minat berkebun pun berkekalan, bak kata orang berbudi pada tanah.

Malam tersebut kami tidur di Melaka dan keesokkan harinya kami pun pulang ke rumah. Yang pastinya sebelum balik, Farisya mesti la nak berenang-renang dahulu di hotel. Hai, Farisya Farisya, macam-macam minat Farisya ni. Ommi doakan semoga Farisya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ni ye 🙂


Komen & Pandangan