Malaysia Islamic Children Fair (MICF) 2016


Bismillah.

Alhamdulillah Malaysia Islamic Children Fair (MICF) 2016 kembali lagi tahun ini! Diadakan bertempat di Masjid Sultan Mizan atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Disember 2016.

Pelan Lantai Micf

Alhamdulillah bila rezeki rumah tak jauh sangat dari Putrajaya membolehkan hari-hari pergi ke MICF ;p Lebih kurang sebanyak 34 booth yang ada di sini dan kebanyakkannya semestinya booth berkaitan dengan produk untuk anak-anak kita.

Kali ini adalah tahun keempat penganjuran dan julung-julung kali diadakan di Masjid Besi. Ruang yang terbuka dan idea yang menarik untuk menjadikan suasana “friendly mosque” dengan acara sebegini. Cuma bila ruangan terbuka begini, faktor cuaca sekarang yang sering hujan menjadikan booth terkena tempias hujan dan kadang kesian dengan booth yang berada di ruangan tepi. Habis basah terutama bila hujan lebat.

Masjid Sultan Tuanku Mizan Zainal Abidin

Masjid Sultan Tuanku Mizan Zainal Abidin

Booth apa yang ada?
Kali ini antara booth yang turut serta adalah:

Peta booth

 

Parking ok tak?
Alhamdulillah parking mudah. Samada kita memilih untuk parking diruangan basement masjid atau disekitar luar. Namun bila musim hujan tidak menentu sekarang ini, fikir-fikirlah ye untuk parking di mana. Opps, jangan lupa sediakan payung!

cuaca

Nampak tak..cuaca mendung je…~

Ada aktiviti menarik tak untuk anak-anak?

Mewarna bersama Alif & Sofia
Haa…yang ni menarik. Sebab kebanyakan booth pun ada menyediakan aktiviti untuk anak-anak. Contoh semalam sempat bawa Farisya #bkcs join aktiviti mewarna anjuran Aliff & Sofia, kemudian aktiviti mebuat “sock puppet” di booth UPSI Holding &aktiviti bergambar ceria. Selain tu ada aktiviti Teddy Bear Hospital, activity busy book, aktiviti collage, face painting, kraf dan lain-lain lagi. Cuba aje! Di pentas utama semalam ada pertandingan Muazzin Junior..Ya Allah merdu nya suara anak-anak kecil ni. Malah ada juga cabutan bertuah dan pengunjung berpeluang memenangi basikal, goodies, iphone 7 dll.

Buku-buku yang menarik pun ada juga tau..

 

Gerai makanan ada?
Ya semestinya. Ada gerai sup….sedapppp. Ada coffee, ada aiskrim dll. Yang ini ommi tak sempat survey sangat sebab dah bersarapan dulu kat rumah sebelum pergi.

Gerai makanan

Ok, insyaAllah esok dating lagi ke sini bawa Farisya #bkcs dan Firasz #adikbkcs untuk jumpa Didi and Friends serta join Children Quran Hour. Jumpa ya!

 


Komen & Pandangan