Paya Indah Wetland, Dengkil


Bismillah,

Musim-musim cuti sekolah macam ni mesti ramai ibu bapa yang bawa anak-anak pergi berjalan. Instead berjalan-jalan dlm shopping complex, Ommi lebih prefer bawa anak-anak join aktiviti luar yang berkaitan dengan alam sekitar. Dari situ mereka boleh belajar macam-macam perkara baru. Maklum la, budak bandar 🙂

Hari ini Ommi bawa Farisya dan Firasz melihat haiwan di Wetland. Tapi bukan Wetland Putrajaya, ini Paya Indah Wetland di Dengkil. Wetland ini telah dibuka sejak tahun 90an lagi. Jaraknya perjalanan dari Putrajaya adalah sekitar 25-30 minit melalui jalan lama ke Banting dari pekan Dengkil.

Sebenarnya Farisya dan Firasz telah beberapa kali ke Wetland ni kerana dekat dengan rumah (dan percuma). Ayah juga suka ke sini kerana boleh mengambil gambar. Tapi ini kali pertama kami pergi pada musim cuti sekolah. Biasanya pada hari biasa atau hujung minggu, jumlah pelawatnya tidak ramai dan tidak meriah. Tapi tak sangka nampak happening pula pada hujung minggu musim cuti sekolah ni.

Daya tarikan utama Paya Indah Wetland adalah Badak Air yang ada di sini, yang juga menjadi maskot wetland ini. Namun begitu, kalau hendak ke sini perlu check dulu jadual aktiviti (boleh lihat di bawah) untuk lihat waktu memberi mereka makan kerana seperti namanya badak air, mereka gemar berendam di dalam air. Jadi kalau dia duduk dalam air tu memang susah la nak nampak mereka.

Antara haiwan lain yang ada di Paya Indah Wetland ini adalah:

  1. Buaya
  2. Landak
  3. Kura-kura
  4. Burung Merak
  5. Burung Undan (Pelican)
  6. Itik
  7. Kuda

Kolam Burung Undan (Pelican)

Kalau dah nama wetland, pasti burung-burung liar, unggas, kupu-kupu dan ikanpun boleh dijumpai. Bagi anak yang minat dengan tumbuhan dan pokok, paya indah ini juga pastinya pilihan yang sesuai untuk anda. Sementara itu, untuk melihat keseluruhan kawasan Paya Indah ini, pengunjung boleh menaiki menara tinjau yang kini baru sahaja siap diperbaiki. Boleh la exercise bersama anak-anak menaiki tangga 😉

Pemandangan dari menara tinjau

Ada juga aktiviti bersama keluarga yang disediakan pihak pengurusan seperti sewaan basikal dan memancing. Namun ada antaranya perlukan bayaran dan tempahan awal. Ramai juga photographer ke sini datang untuk mengambil gambar haiwan-haiwan disini. Untuk aktiviti Farisya hari ini, Ommi minta Farisya lukis dan tuliskan nama haiwan yang dijumpai sepanjang berada di sini. Bersemangat dia!

Kalau ada yang berhajat untuk menginap, chalet, asrama dan tapak perkhemahan ada disediakan untuk sewaan. Begitu juga untuk program sendiri, terdapat juga dewan seminar dan bilik mesyuarat, atau tapak untuk melakukan hari keluarga.

A Journey Into Fun Learning And Observation

Untuk maklumat lanjut mengenai Paya Indah Wetland, boleh la berhubung dengan mereka melalui maklumat seperti dibawah:

Paya Indah Wetlands
Jabatan Perhilitan,
KM4 Jalan Dengkil-Banting
43800 Dengkil, Selangor
Emel: piw@wildlife.gov.my
Tel: 03-8768 7616 / 8726 / 8343 / 8258
Faks: 03-8768 8424

Memang menarik untuk bawa keluarga ke sini, melihat flora dan fauna dan memberikan pengalaman dan ilmu baru kepada anak-anak. Kepada yang tak pernah sampai, jom kita ke Paya Indah Wetland!


Komen & Pandangan