Swimming Pool Menarik di Putrajaya


Bismillah,

Haritu ommi plan nak bawak Farisya bkcs dan Firasz pergi mandi kolam di Putrajaya. Dah lama rasanya tak bawa mereka. Farisya pun dah byk kali ulang tanya bila nak pergi mandi kolam. Kebetulan pula menghantar Moksu ke PICC awal pagi, jadi terus lah boleh ke kolam renang.

Macam kebiasaan ayah bawa kami ke kolam ‘rahsia’ di Putrajaya yang tak ramai orang tahu dan tak crowded. Tapi tgk2 kolam tu tutup. Jadi terpaksa cari kolam lain. Akhirnya ayah decide untuk ke kolam renang di Presint 16, yang belum pernah kami pergi. Ayah kata kawan dia suggest pergi sana dulu tapi tak terbawa lagi ke sana. Lokasinya di Kompleks Kejiranan Presint 16.

Apabila sampai, kami dimaklumkan kolam buka sehingga 11 pagi sahaja dan perlu bayar dahulu RM2/orang untuk masuk mandi. Siapa yang nak mandi juga wajib pakai pakaian renang yang proper, memang strict sikit kat sini.

Namun yang menariknya di kolam renang ni ialah ada gelongsor untuk kanak-kanak, dah macam waterpark! Cumanya kalau ketinggian anak kurang 4 kaki, perlukan pemantauan ibu bapa untuk bermain gelongsor ini.

Farisya sempat main sekali gelongsor ni, tetapi disebabkan paras air yang tinggi dan ayah pula tidak membawa baju renang maka kami decide untuk bermain di kolam kanak-kanak di kawasan luar waterpark yang dibuka sepanjang masa. Kolam kanak-kanak ini juga sesuai untuk Firasz. Yahoo! 🙂

Kolam kecil diluar kawasan kolam utama

Antara kemudahan yang ada di sini ialah bilik persalinan, tandas, surau dan food court. Selepas keluar ke kolam kecil barulah ayah perasan rupanya ada perkhidmatan sewaan pakaian renang dan google di luar.

Peraturan Penggunaan Kolam Renang (Klik untuk besarkan)

Jadual dan Bayaran Masuk Kolam Renang

Kadar Sewaan Pakaian Renang

Kalau anda lihat jadual masuk diatas, terdapat beberapa sesi untuk masuk ke kolam renang Presint 16 ini. Antara sebab ianya ditutup untuk orang awam adalah kerana terdapat kelas belajar berenang untuk kanak-kanak. BKCS memang excited bila dapat tahu ada kelas renang di sini.

Bagi mereka yang tidak pernah sampai ke sini, kolam renang ini terletak di wing sebelah kanan kompleks kejiranan ni. Di wing sebelah kiri terdapat food court untuk makan tengahari sekiranya lapar selepas berenang dan di bahagian tengahnya terletak kaunter untuk pembelian tiket masuk mahupun urusan berkaitan kompleks. Ada masanya juga dibuka gerai jualan ditengah-tengahnya. Parking terletak di luar kompleks dan juga di bahagian bawah basement, semuanya free parking.

Sebenarnya banyak kolam renang awam yang terdapat di Putrajaya. Ayah kata kat ommi at least ada 7 kolam renang awam kat sini, cuma tak pernah bawa lagi. Next time kalau pergi kolam renang lain, ommi update lagi InsyaAllah 🙂


Komen & Pandangan
Tags: