Tips Dan Keseronokan Bermain Puzzle


Bismillah.
Alhamdulillah di atas kesempatan dan ruang masa yang ada untuk menaip entri di blog. Tajuk entri yang sebenarnya telah lama terpendam dan terendam untuk dikongsi bersama mommies di luar sana. Tentang puzzle? Ya, insha Allah umi ingin kongsikan sedikit pengalaman, tips dan keseronokan bermain jigsaw puzzle bersama Farisya BKCS. 
Objektif utama beli puzzle dulu sebab nak elakkan Farisya jadi leka dengan tablet. Masa awal-awal dulu belikan Farisya puzzle, stress juga umi dibuatnya. Bila main puzzle ni, cepat rasa tak sabarnya...
Teruskan >


Doa dan Langkah 2014


Bismillah. Assalamualaikum.

Allahumma salli ‘ala Muhammad. Wa ‘ala aali Muhammad.

Di hari Jumaat pertama di tahun 2014. Di hari Jumaat penghulu segala hari. Ahlan wasahlan Ya Rabiul Awal 1435H. Bulan yang dimuliakan di mana lahirnya insan agung Rasulullah s.a.w yang mulia. Di hari ini umi memulakan titipan di blog dan semoga ianya langkah yang berkat dan diredhai Allah.

Hampir beberapa bulan sunyi dari berblog. Ya! Masa menaip keyboard terpaksa di hadkan untuk memberi laluan kepada suatu projek yang besar bagi umi...

Teruskan >


Giliran umi…hechummmm!!


Bismillah.
Allahummasolli ‘ala Muhammad..jom selawat.
Alhamdulillah Farisya dah lena. Malam ini Farisya nak tidur tanpa drama meragam terlebih dahulu. Mungkin fasa selsema BKCS telah berkurang. Alhamdulillah.
Tetapi…

Kini giliran umi pula.

Henchummmm…hechummmmm!!
Mata terasa berpinar.
Kepala terasa berdenyut kepeningan.
Allah! Ujian sedikit ini mudahnya untuk mengeluh. Astaghfirullah.

Henchummmm…hechummmmm lagi!! Alhamdulillah.

“Ommi batukkan?”
“Bukan..ni bersin”
“Oo..bersinnnnn”
*Teringat semalam 2 hari lepas semasa ambil Farisya dari Taska, kelihatan cikgu BKCS turut terkena tempias sel...

Teruskan >


Edisi: Bila Anak Pandai Bercakap..


Bismillah.
Allahummasolli ‘ala Muhammad..
Menjejak umur BKCS 2 tahun 3 bulan, fasa kepetahan anak bercakap cukup menghiburkan. Dialah teman berbual, bercerita dan sesekali merajuk dan pandai memujuk.
KISAH 1:
Bicara malam ini. Alhamdulillah, malam ini kami punya tetamu berkunjung hari raya. Usai tetamu pulang, umi nak solat isya’.

Seperti biasa umi beritahu Farisya.. ” umi nak solat..”

Tiba-tiba dengan spontan Farisya memandang ayahnya.

“Ayah..ayah solat dah?”
Farisya ulang lagi..”Ayah, ayah solat dah?”
“Erk..belom..” Terkejut dengar soalan BKCS.
“Hmm..Farisya dah solat?”
“Dah....

Teruskan >


Salam Aidil Adha


Bismillah.
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Terasa syahdu. Lafaz takbir bergema. Raya datang lagi.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Maaf zahir dan batin. Alhamdulillah, tahun ni kami beraya di Johor. Alhamdulillah tahun ni BKCS ok. Ok bila beraya tak seperti tahun tahun dulu. Kurang meragamnya. Mungkin sebab dah besar dan sedikit mesra. Hehe πŸ™‚

Alhamdulillah berkesempatan solat hari raya di sini. Bawa Farisya sama. Macam biasa, umi bekalkan pen dan kertas bersama. Elok je Farisya menconteng sementara umi solat...

Teruskan >