Ada apa di Kuala Gandah?


Bismillah,

Beberapa minggu lepas kami sekeluarga ke Temerloh Pahang kerana ada kawan ayah kahwin di sana. Oleh sebab bergerak dari KL, jadi ayah pun whatsapp sorang lagi kawan ayah dan ommi untuk konvoi sekali ke sana. Mereka suggest untuk tido di Temerloh, katanya hari berikutnya boleh ke Kuala Gandah. Ayah pun terus berfikir dan google, apa yang ada di Kuala Gandah?

Rupa-rupanya Kuala Gandah ini adalah pusat perlindungan gajah-gajah (Elephant Sanctuary), terletak di Lanchang Pahang, lebih kurang 10KM atau 15 minit perjalanan sahaja dari exit Karak Lebuhraya Pantai Timur...

Teruskan >


Pertama Kali Naik Kapal Terbang


Bismillah.

1 Mac 2014.

Pertama kali Farisya bkcs melancong naik kapal terbang. Ya, dia sungguh teruja malah kegembiraan itu di zahirkan di wajah apabila melihat kapal terbang di depan mata.

“Wah..aeroplane! aeroplane!”

Namun, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang hampir 7 jam sedikit membuatkan umi berfikir macam-macam, adakah Farisya bosan nanti? alamak…kalau Farisya nak pergi toilet macamana? Hmm…kalau dia nak tidur ok ke? Nanti kalau menangis kuat-kuat?? Aish..macam-macam bermain kat kepala. Dalam hati tak putus berdoa agar Farisya ok dan perjalanan kami selamat.
Dan, beginila...
Teruskan >


Ommi, Ayah Kat Mana?


Bismillah.

Allahummasolli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad.
Kali ini kisah kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya yang penyayang 🙂
Farisya BKCS bersama ayah makan Takoyaki.
Cuba tengok fesyen pemakaian cekak rambut oleh Farisya tuuu..~
KISAH BALIK DARI TASKA
Tempat kerja umi agak jauh dan selalunya ayah yang akan ambil Farisya bkcs. Namun, sekiranya umi dapat sampai ke rumah lebih awal ataupun pagi-pagi umi dah janji dengan Farisya…umi pasti akan cuba jemput Farisya dari taska. Namun kekerapannya dalam seminggu, ayah yang menang...
Teruskan >


Edisi: Wah, besarnya pokok!


Bismillah.

Cerita di petang hari. Cerita semasa umi mengambil Farisya BKCS pulang dari taska. Alhamdulillah, umi dapat sampai lebih awal dari biasa.

Tadi umi buat sketch cerita ini, Farisya kenal watak dia dan umi lalu ditanya..”ayah mana?”

Erk.

“Ayah tak ada, ayah belum balik lagi..”
“Ommi lukis kat sini…ayah..” Sambil tunjuk di bahagian tepi tu..maka terlakarlah juga watak ayah ditepi cerita tersebut 🙂

Kisah petang tadi:

Sambil berjalan-jalan menuju ke kereta..

Farisya: Ommi, wah..besarnya pokok! Tu..besarnya pokok.. (sambil menunjuk-nunjuk ke arah pokok)

Umi: Ya, besarnya pokok.

Faris...

Teruskan >


Edisi: Ommi, ingat mati~


Bismillah. Allahummasolli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad.

Entri ringkas.

“Ommi, nak ingat mati..ingat mati..”

Lagu kegemaran Farisya BKCS kini. Sejak akhir-akhir ini asyik kedengaran menyanyi-nyanyi kecil. Malah di hujung minggu, pagi-pagi dah buat permintaan lagu.

Awal-awal dulu tak faham juga lagu apa..sekali bila Farisya tunjuk iklan, owhhhhh rupa-rupanya lagu “Tobat – Wali Band’ yang dimaksudkan. Walhal jarang sangat tengok ceritanya. Tapi mungkin selalu tengok iklan, boleh melekat pula lagu tema drama “Islam KTP” di TVHijrah.

Insaf umi.

“Ingat mati..ingat sakit..
Ingatlah saat ka...
Teruskan >